Wednesday, October 23, 2013

Apakah pilihan yg saya ada..normal or czer..

hehe terjumpa pulak luahan hati cy dalam draf..jom share.

Assalamualaikum dan salam manis.
Macam biasa. .lama dah tak bersiaran hehe saat ini sedang menanti giliran jumpa nurse pastu jumpa doktor
.gara2 minggu lepas  check up dgn doktor dan br dapat result minum air gula dr bln 4 xdapat. 

Rupanya gula dalam darah tinggi.8.1 huahuahua..so esoknya kena p check darah jam 8am 11.30am 4pm dan 10pm..berulangla dr ofis ke klinik..dan alhamdulillah keputusannya 5.5 5.6 5.9 dan 6.8..semuanya sipi2 nak mencecah limit huhuhu. .xtaula doktor nak cakap apa.harap2 xkena check hari2.

Masa p check di klinik dr zainol, katanya kalau u nak bersalin dekat sini u kena caesar sbb history u dulu dah teruk.anak u lahir dgn venthouse..sampai no heartbeat..xmenangis. nasib baik semua sihat, xcacat..u bole p bersalin kat hospital lain tp kalau dgn doktor u kena caesar.u ni old style la..org sekarang ni xnak serah badan jek nak czer..
Allahuakhbar..sebak jek rasa..ya doktor, saya mmg old style..saya pro kepada normal..saya nak jaga perut saya..tapi apalah pilihan yg saya ada.. mau aje ke hospital lain tapi suami kata xpela czer jer demi keselamatan anak

Jadi harus saya belajar utk redha bahawa saya akan czer kali ni..kena carik info byk2 huhuhu ada kata senang czer..xsakit..cuma sakit masa lepas operate jek..kena jaga luka jgn sampai basah..ahhh semua ni menjadikan saya stress..

Ya allah..aku ikhlas aku redha..

No comments: