Tuesday, February 28, 2012

ammar kena hfmd or sakit tangan kaki dan mulut-cuak jugak beb

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..dah 8 hari tak update..macam sibuk sangat la Cy ni heheh..macam takde mood pulak nak update .tapi kali ni kena update jugak.
untuk makluman anda,ammar kena hfmd atau hand foot mouth disease or sakit tangan kaki dan mulut..as his mom, macam tak percaya jek anak Cy boleh kena hfmd..dalam kepala dah terfikir sekolah dia la ni..

ahad lepas, lepas mandi pagi tu, Cy tengok tapak tangan dia ada gelembung air macam kena api tu..Cy tanya ammar,kenapa tu, dia kata ammar main api la mama, jadi macam ni la..aisshh takkan ammar main api n cucuh banyak2..pelik.. ingat takde papae la tapi hati dah tak sedap dah..Cy teringat sakit hfmd tu n terus google..confirm, sah simptom hfmd ada pada ammar.cepat2 call husband,ajak ke klinik . depa p umah mak,jumpa ibu, wan,cik bob n cik su yg br sampai dr lumut..

dr putra sahkan hfmd..doktor suruh kuarantin,tak yah ke sekolah sehingga sembuh.takut jangkit budak2 lain. nampaknya Cy kena cuti..isnin jdik MC  untuk seminar job coach di Eq-cepat2 call kawan mintak cover..selasa miting pementoran,kena present..klien beratur..have to cancelled la.




so guyz..tanda2 hfmd pada ammar mmg mudah nak kesan.sila lihat di tapak tangan, tapak kaki dan mulut anak..kat kawasan tu saja biasanya kena..sbb tu dipanggil sakit tangan, kaki dan mulut..tempat lain tu Cy tak pasti..ammar demam sikit,tak la panas sangat. ammar aktif macam biasa dan Cy assumed, virusnya tak berapa kuat menyerang..so sila pantau anak2 anda, sekiranya ada,jumpa doktor ..takde ubat khas cuma untuk demam,makan ubat demam..calamine cream untuk gelembung air tu..ubat titis kat mulut untuk kurangkan sakit mulut akibat ulser..kuarantin sekiranya disahkan hfmd.dok rumah pon takpe tapi kalau simptom teruk sangat macam sampai lelah ke sawan ke muntah2 ke,bawak la ke hospital..ammar takde simptom tu so Cy assumed dia tak teruk sgt.. kalau ada anak2 lain, asingkan.p dok umah  kenalan atau sedara terdekat..tapi kalau dah takde sapa2, asingkan dalam rumah..tp Cy jamin, jangkit punya hehehe cuci tangan bila kendalikan anak kena hfmd. selera makan mungkin berkurangan sbb sakit mulut. mainan boleh dicuci dengan clorox ya.

alhamdulillah ammar semakin baik, gelembung air nak surut n kering..sekarang ni insyirah pulak..

bila Cy call sekolah, cikgu kata takde sapa pon yg kena so Cy fikir mungkin semasa kami p shopping n makan kat luar, virus tu menyerang..takpelah,asalkan dapat detect awal,ok la..kat sarawak pon makin teruk..doktor di sini pon kata dah ada sekolah2 yg dah kena..ok,next time sambung lagi..ingat,perhatikan anak anda-jangan panik ya..


kredit to the owner of those pics ya.

1 comment:

Anonymous said...

Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan daripada alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan