Friday, February 3, 2012

gastrik:tunggang terbalik Cy dibuatnya

(gambar from google.kredit to owner)

huhu semalam Cy sakit perut gastrik..
dari pagi rasa sikit2 jek..
dah kol 11 tu tak tahan dah..
p surau sat, lepak..tapi takleh jugak..tido takleh..buat ape pon tak boleh..aduhai..
tertonggeng2 la dalam surau tu, tahan sakit..
last2 surrender, nak p klinik sebelah ofis tapi tutup pulak..
amik kunci keta, drive sendiri cari klinik..
sambil drive tu, masa sakit menyerang semula..menjerit dalam keta.
air mata pon meleleh huhuhu
sampai klinik, bg ai c..staf klinik tanya itu ini..
bila sakit menyerang semula, terus menangis..hahhahah..dia terus kata..kak masuk terus kak..
bila jumpa doktor, dia tanya kenapa sampai nangis ni..
saya sakit perut doktor..doktor pon check..
doktor tekan perut,aduh masa tu sakit menyerang lagi..mengerang sakitla Cy huhu air mata meleleh..
doktor terus kata awak gastrik ni..saya inject yek..
Cy kata ok ..
lepas inject kat belakang, doktor suruh rileks..n tidor..aish takkan nak tido..haha
Cy rileks sat pastu duduk..masa Cy bangun, doktor mai balik..
doktor tanya, awak makan apa ni..ke tak makan?
tadi pagi saya mkn nasik ayam..
awak makan sambal kot..
takde pulak doktor..
sedap tak nasik ayam tu?
aisssh doktor, sedap la..hehe
ok balik rehat kat rumah, saya bg MC 2 hari..
dalam hati ..2 hari?!teruk sgt ke?

ok, 3 perkara yg perlu awak buat :
1.2 minggu  tak boleh makan pedas, cili
2.2 minggu kene makan bubur
3. makan kunyah 44 kali hhehe

ye doktor..
Cy pulang ke ofis.rasa lega sikit..tapi mata macam nak lelap,nak baca pon jadi kembang..kesan ubat tahansakit kot,.
Cy kemas2, pulang ke rumah..
sampai rumah, makan ubat..tido 10 minit aje..setiap 1 jam datang balik..aduh..ubat tak berkesan..menangis2 Cy sambil tertonggeng2.. 
Cy cakap pada diri sendiri, awak kena tenang, kalao tak tenang, sakit pasti makin sakit...
Cy buat pernafasan..tenang dan lega..
kol 430 mandi walaupun sakit...amik ammar..sakit lagi..waaa..
sampai rumah, baru C yperasan Cy cuma makan roti kol 3 tadi..so masak bubur sikit..makan ngan kicap..
kol 615 pakcik kol mintak, nak tolong amik paklang,
untuk tak menghampakan pakcik, Cy p amik paklang n terus pulang ke umah mak...sakit juga tapi dok tahan ..
sembang ngan mak, mama tok n tok pon dok tahan sakit..
sampai ke malam masih sakit waaaaaaaa..ksian kat hubby..masak nasik sendiri huhu

hmm..Cy rasa Cy makan sambal kicap momo bawak balik dari jb..hari2 Cy makan huhu..malam sebelum tu makan ayam tandoori yang ada kuah kaler hijau tu..makin teruk la sakit..

Cy selalu sakit macam ni..tapi Cy dapat kawal..keluarkan angin, minum air panas akan jadik ok la..cuma kali ni jek Cy tak tahan n jumpa doktor..huhu ok, tolong amalkan penawar demam n sakit perut ni ya.Cy dapat dari serupomulo ..kredit to serupomulo..

No comments: