Saturday, January 23, 2016

Longlai mencari arah..

Bila jadi begini,
Jadi bingung..
Ingin  pergi jauh
Tapi tidak tahu arah tuju
Fikiran jadi terhalang
Tertutup
Terblok
Tidak boleh menaakul ke mana harus dituju
Aku punya ramai kawan
Tapi tidak tahu siapa
yg bolehku menumpang
Ada juga saudara mara
Yg bolehku menumpang
Ditimbang timbang..ini maruahku..maruah dia..maruah kami..biarlah aku sendiri..
Biarlah ALLAH yg menemani..
Keranaku yakin dan pasti
ALLAH SEBAIK BAIK PENOLONG

Akhirnya
Diikut ke mana hala jalan yg dilalui
Terus ke medan yg xpasti
Sambil fikiran menerawang
Memikirkan
Di mana silap diri
Di mana puncanya terjadi
Menerawang dan menerawang
Mencipta analisis sendiri

Ahhh cukupla menganalisis
Aku penat
Aku letih
Aku berat
Semakin difikir semakin banyak disangsi..
Cukuplah.

Tiba di destinasi.
Aku hanya mampu berdoa.
Allah,KAULAH SEBAIK BAIK PENOLONGKU
Aku berlindung denganMU
Aku berserah denganMU
Aku bergantung sepenuhnya denganMU
Untuk menentu hala tujuku
Untuk menunjuk jalanku
Dalam setiap perbuatan dan pemikiran
Kerana aku yakin setiap aturanMU hanya KAU yang tahu apa yg terbaik buatku
HAMBAMU.

TERIMA KASIH ALLAH ATAS KASIH SAYANGMU.

No comments: