Mendengar ceritanya..
Aku sendiri bisa lemah lutut..
Aku mungkin meraung sekuat hati aku..
Aku mungkin akan berjuraian air mata sederas derasnya..
Aku mungkin juga seperti tidak mahu melalui hari esok ..seperti tidak mahu membuka mata..tidak mahu bangun dari tidur..
Aku tak tahu perasaan dia..tapi bagi aku.. kesakitan itu aku rasakan bagai jarum yang mencucuk cucuk hatiku..atau pisau yg menikam nikam hatiku..ataukah pedang yang merobek robek hati..
Dugaan yg dia alami maha berat..ujian yg allah beri padanya amat berat..
Allahuakhbar..
Kepada allah sahajalah aku bermohon..
Kepada allah sahajalah aku merebahkan diri..
Kepada allah sahajalah aku merintih dan meraung..
Kepada allah sahajalah segala galanya kuserahkan..
Dia,begitulah yang akan kulakukan..
Aku doakan kau tabah, bangkitlah dia..bangunlah dia..
Cubalah berlapang dada ..memaafkan dan redha..dan sedikit demi sedikit bangkit..bangkit sebagai dia yg baru,yang kuat dan jadilah dia yang tidak bisa diganggu gugat lagi..
Ya allah,ujian itu amat berat.kumohon padamu, bantulah dia..
No comments:
Post a Comment