Monday, October 20, 2014

Sekuat diakah aku?

Mendengar ceritanya..


Aku sendiri bisa lemah lutut..
Aku mungkin meraung sekuat hati aku..
Aku mungkin akan berjuraian air mata sederas derasnya..

Aku mungkin juga seperti tidak mahu melalui hari esok ..seperti tidak mahu membuka mata..tidak mahu bangun dari tidur..

Aku tak tahu perasaan dia..tapi bagi aku.. kesakitan itu aku rasakan bagai jarum yang mencucuk cucuk hatiku..atau pisau yg menikam nikam hatiku..ataukah pedang yang merobek robek hati..

Dugaan yg dia alami maha berat..ujian yg allah beri padanya amat berat..

Allahuakhbar..

Kepada allah sahajalah aku bermohon..

Kepada allah sahajalah aku merebahkan diri..

Kepada allah sahajalah aku merintih dan meraung..

Kepada allah sahajalah segala galanya kuserahkan..

Dia,begitulah yang akan kulakukan..

Aku doakan kau tabah, bangkitlah dia..bangunlah dia..

Cubalah berlapang dada ..memaafkan dan redha..dan sedikit demi sedikit bangkit..bangkit sebagai dia yg baru,yang kuat dan jadilah dia yang tidak bisa diganggu gugat lagi..

Ya allah,ujian itu amat berat.kumohon padamu, bantulah dia..

Thursday, October 16, 2014

Fathi buat hal pulak hehe

1 malam meninggalkan fathi ariff fahim bersama maksu a.k.a ibu dan wen sebab ke bangi utk menemani kawan2 ke pembentangan kik..malam tu ibu dah wassap bgtau dia xnak tido dan menangis..1 jam kemudian ibu kata dia dah tido. Alhamdulillah..mama doakan fathi baik2 aja seperti sebelum ni mama p kursus..

Pagi tadi tanya ibu, he he he..ibu kata fathi buat perangai malam tadik..hua hua hua pukui 11 tidoq...12.30 mengamok...pukui1 tidoq...pukui 2.30 mengamok blik.....pukui 3 tidoq.....4.30 mengamok...pas tu baru la tidoq elok sampai pg....

Mencari mama la tu..mencari nenen hahaha..manataknye, biasanya bangun tengok2 nenen depan mata,kali ni bangun carik nenen takda hehhe

Anak mama kuat kan..independent please sayangku hehhe fathi pasti faham nanti ..

Asal selamat susu mama

Assalamualaikum ..semalam berada di bangi,menemani rakan2 untuk membuat pembentangan kik .
Mama just bawak cooler bag,ice pack n pam saja..lupa pulak bangi lanai hotel xde peti ais. Sayang nak buang susu jadi mama p beli ais kat kedai 7e.seb baikla kedai dekat jek..nampak pulak kedai runcit,carik cooler box tp xde..yg ada bekas utk simpan mcm beras.so comel and sesuai utk letak susu hehe mama pon beli.rm8.90..
Sampai bilik,ambik ais letak dalam cooler bag dan masukkan susu.lepastu masukkan cooler bag dalam bekas biru tu,masukkan ais lagik semua skali.muat ,alhamdulillah..selamat susu mama.
pagi ni tgk dah cair,p 7e beli ais lagik.harap selamatla susu mama utk bekalan fathi esok.aminnnn

Tuesday, October 14, 2014

Fathi,Selamat ulangtahun pertama kelahiran

Fathi ariff fahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh mama ucapkan padamu..
Selamat ulangtahun pertama kelahiranmu..
Semoga allah kurniakan umur yg panjang..
Semoga allah kurniakan kesihatan yg baik..
Semoga allah kurniakan rezeki ..
Semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan mama dan ayah dunia dan akhirat.
Mama..ayah..abang ammar,kakak insyirah sayang kamu..

Monday, October 13, 2014

Tahniah ammar ariff [kisah bulan ogos]

Kisah ni dah lama..bulan ogos 2014.dah basi tapi kenangan yg perlu dikenang. Majlis anugerah kecemerlangan di sekolahnya.
ammar ariff fahim dapat nombor dua pada peperiksaan setengah tahun..alhamdulillah..tak tersangka mama,ammar ariff fahim dapat nombor 2..beza 1 ke 2 mata dengan kawan yg nombor 1..

ammar ariff fahim bukan dalam kelas darjah 1 yang pertama atau kedua..tapi keempat. Insyaallah kalau istiqamah, kekal prestasi ni, ammar ariff fahim boleh naik ke kelas yg lebih baik..

Mama teringat ammar ariff fahim kata masa dalam kereta balik sekolah..
mama..mama beruntung tau dapat anak macam abang ammar..xpayah belajar tapi dapat no.2..gahahgahahha..abang ammar oi..sebenarnya awak dah berusaha,bukannya awak xbelajar tapi istimewanya awak tu fokus dalam kelas. Tu yg cikgu dia habaq, bila dalam kelas dia xmain, tapi bila time main,dia main..ammar ariff fahim seorang yg pendiam bila dalam kelas...

ok ammar ariff fahim..mama doakan abang ammar dapat kekalkan prestasi.
mama love u so much son!

Friday, October 10, 2014

Surat cinta bawah bantal

Masih berkursus:Pagi2 lagi ayahnya hantar gambar menerusi wassap..rupa2nya bagi surat cinta kat cik su,letak bawah bantal masa ciksu tidur.

Rupanya ammar ada bagitau kat ciksu..pesan suruh beli cornflakes dan susu kotak tp cik su asyik lupa.merajukla budak ni. Ha ha ha..beli dipasaran yg terdekat,allo sayang mama,ingat iklan ke hah heheheh

Ok..dah bijak,pandai..akal banyak..baguz ammar.be a good student and son ya.may allah grant u happines,be smart!

 


Thursday, October 9, 2014

Cabut gigi kali pertama

Ammar ariff fahim mengadu sakit gigi..tengok2 dah ada gigi tumbuh berlapis dgn gigi lama.sakit katanya,mama suruh goyang2kan dulu.
semalam ayah wassap,dah dicabut oleh maktok..xmenangis pon kata ayah..alhamdulillah..bagus2..kuat anak mama ni. Dah besar dah,dah 7 tahun.
Be strong bak mar!!

Tuesday, October 7, 2014

Impian mama..

Tadi petang singgah rnr tapah,dalam perjalanan untuk berkursus di putrajaya.

Semasa di surau,saya tertarik dengan gelagat 1 keluarga yg terdiri daripada mak dan 2 orang anak yg sedang bersembahyang.

Anak2 mengikut mak bersembahyang. Apabila selesai sembahyang, saya dengar anak yg kecil,mungkin around 5 tahun..dengan pelat dia berzikir hehe so sweet.

Lantas mak berdoa,dan anak2 ikut amin. kemudian mereka bersalaman dan mak mencium anak..

O allah..aku tak buat macamtu..aku mesti buat macamtu jugak. Aku selalu nak cepat..xajak anak2 sembahyang sama2 pon..memang diakui,perlu dilakukan bersama2 anak,tu yg paling cantik..

Tanggungjawab aku sebagai seorang mama ialah mendidik..terutamanya dr segi agama.masyaallah,besar sungguh tanggungjawab aku..aku tak terdaya..tapi aku akan cuba jugak..

Aku harus berubah demi anak2 dan keluarga kerana allah..agar keluargaku menjadi keluarga sakinah,mawaddah warahmah..aminnnn

Wednesday, October 1, 2014

Fathi dah kena demam campak kecik

~rupanya tak publish lagik entry ni~
Awal minggu bulan 9..fathi mula ada yg xkena..susah nk tdo malam..badan mcm nak panas jek..2 hari berikut mula nak panas dan keluar ruam di badan..
seingatnya hari khamis malam nampak ada ruam..jumpa doktor..katanya viral rashes..demam disebabkan rashes atau rashes disebabkan demam gitu..ingatkan dia alergik macaroni sbb b4 this dia makan tu la..makanya bermula episod demam fathi..
Sabtu dah ahad demam panas..dgn ruam tu..lagikla buat perangai..nyusu saja..makan apa pon xnak..alhamdulillah la dia nak nyusu mama..kalo x ..adoi risau giler la mama..makin susut anakku..
Hari isnin tu kenalah e.l..xkan demam macamtu nak bagi maksu jaga..kesian fathi..petang tu jumpa doktor lain.katanya measles atau campak..tapi jenis kecik2..orang tua kata campak serkam or keladi..halus jek..dia demam panas baru keluar semua..tu yg awal2 doktor lain kata viral rashes..campak belum keluar lagik..kali ni kena bg jugak antibiotik..dr safari pon serba salah..garu2 kepala dia..berat katanya nk bg antibiotik kat baby..tp nak buat mcmana..bg jugak la..lemah badan dia..kena picit2kan kaki..mmg xlarat..                                nenen tido nenen tido..
Mak mandikan fathi dgn daun semambu..lepas tu nampakla aktif sikit tp sekejap jek..aktiviti utama nenen dan tdo diselangseli dgn badmood hehe..kena layan dia saja..tak boleh buat kerja lain..tunggu tidur baru boleh buat kerja..
lepas tu dah tak berapa nak demam panas..mungkin campak dah keluar semua hingga ke kaki.kata orang tua, kalau bintik2 dah keluar kat kaki tandanya campak dah keluar abis.

membesarkan fathi ariff fahim, kecil2 lagik sudah kerap demam..dah sakit mata.dah demam campak..semoga membesar sebagai anak yang kuat dan tabah!

fathi ariff fahim, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadamu anakku..aminn