selamat berpuasa semuanya...
anak-anak ni sebenarnya
very sincere dan berterus terang..bila
bercakap, pasti tidak akan berfikir tentang
perasaan orang lain sebab tahap pemikiran mereka
tidak seperti kita lagi.
semalam semasa kami berehat-rehat di bilik sementara ayah menunggu azan Isyak dan terawih,
kami bersembang anak beranak..
saya tak ingat apa yang kami bincangkan tapi yg betul-betul saya ingat ialah..
ammar : ok, tapi mama takmo
marah-marah abang ammar k..
mama : eh mama selalu
marah abang ammar ke?
ammar : ye la, mama selalu
marah abang ammar..
mama : mama
marah macamana?
ammar : (senyap)
ayah : oooo mama selalu
marah abang ammar ek..ayah tak
marah kan?
ammar : em..
ayah tak marah abang ammar pun...
dush dush dush.....................
jujur kan?
terima kasih kerana mengingatkan mama..
saya memang selalu
marah dia semasa tak mendengar kata saya. asyik nak tumbuk orang aje..penangan
ultraman la tu..huhuhu.. macam-macam lagi.
anak mama,memang mama
marah abang ammar tapi mama
marah ada sebabnya yek..
mungkin mama perlu belajar pendekatan psikologi kanak-kanak tapi oleh kerana sifat mama sendiri yang
mudah sangat marah dan
kurang sabar menjadikan pendekatan itu tak dilakukan..ya, kesan marah adalah
jangka pendek, kanak-kanak hanya akan mendengar
sekejap sahaja dan dia akan lakukan semula..
tapi mama selalu
cuba dan cuba dan mama
takkan putus asa untuk merubah diri mama dalam mendidikmu anak-anakku..
ada
doa mengawal diri dari panas baran :
Ya Allah,
sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan air yang sejuk.
Ya Allah,
bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju putih daripada kekotoran.
Riwayat At- Tirmizi No. 3556, hasan sahih gharib
astagfirullahalazim..