Monday, August 30, 2010

jangan lupa kibarkan jalur gemilang!MERDEKA!


assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2...selamat berpuasa ya..


hari ini saya ke tempat kerja dengan penuh bangga sebab kat kereta terpampang jalur gemilang hehhe..terima kasih incik suami kerana rajin sangat bubuh hehhe malam tadi la incik suami pulun buat.nanti saya uplod gambar nya...di rumah pun saya suggest pada incik suami, cuma tak sempat nak gantung..hehe mencari tangga yang tak dijumpai..

kredit to www.skcai.com
so esok dah 31 ogos 2010..selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaya(Malaysia) yg ke 53 kepada semua rakyat Malaysia..bersyukurlah kerana kita masih lagi merdeka..terima kasih kepada pejuang2 kemerdekaan yang bertungkus lumus menggadai nyawa demi memastikan anak-anak dan cucu-cucu kalian hidup dengan lebih selesa..kami sangat2 menghargaimu..


kepada generasi baru, pertahankanlah kemerdekaan yang telah diperolehi selama 53 tahun ini..jangan lupa 1 Malaysia Menjana Transformasi..


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


bestnya nak nyanyi lagu2 patriotik...semangat!!!


(apa yang merisaukan saya, malam2 merdeka inilah golongan muda menyambutnya dengan melakukan hubungan seks, minum arak, dadah..sungguh menyedihkan.

Ya Allah..berilah kami semua petunjuk dan hidayahMu agar semua ini tak berlaku)

Thursday, August 26, 2010

diskaun kad /baucer di miki babyland kepala batas..


assalamualaikum kawan2..

minggu lepas masa saya nak melawat sahabat saya akma yang baru bersalin, kami singgah ke miki babyland kepala batas untuk beli hadiah utk anaknya.

masa bayar, pekerjanya tanya, kak nak baucer tak?baucer ape?nanti saya check point akak..rupanya saya telah berbelanja sebanyak RM1600 lebih kurangla di miki babyland sejak hujung tahun lepas..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa giler banyak tuuuuu..

so saya diberi 4 kad diskaun or baucer.ada 3 jenis diskaun..utk pakaian or barang keperluan bayi or alat2 macam car seat ke babycot ke..so saya pilih baucer baju..ikutkan satu kad tu diberi 10%+20%=30%..menarik jugak beli baju raya utk kedua2 anak saya ni heehhe

tq miki..saya adalah antara penyumbang keuntungan anda..patut bagi lebih ni hehehe



perempuan India susukan anak lembunya :)

saya dapat gambar ni masa menelaah harian metro semalam..perempuan ni menyusukan anak lembu peliharaannya yang berusia 23 hari..ni berlaku di India..hehe menarik..menarik..macam2 ada..

mari bermain play doh





assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
nak berehat sekejap..hehe
beberapa hari sebelum ini saya ada baca blog mama miya..bila saya fikir2, saya banyak meninggalkan masa untuk perkembangan ammar..huhuhu ammar banyak main dengan kawan2 yg besar sikit dan kesannya amat jelas, lebih agresif dan perkataan2 yang dikeluarkan tu menakutkan saya ..
so saya dapatkan playdoh n alas..hari pertama saya bawak balik, ammar so excited..saya main2 dengan ammar, buat ular, cendawan daripada play doh tu..makcik2 dia pon join sama..so 1st day hasilnya ialah hewan hewan :) yang disukai oleh ammar termasuk kikie dia hehe
lepas habis, saya ajar dia untuk kemas semuanya..
semalam lepas berbuka, saya ingatkan ammar untuk bermain play doh lagi. insyirahnur pulak mengantuk dan saya tido kan insyirahnur di tingkat atas..bila saya turun ,wah wah wah...seronoknya saya..rupanya makngah ammar ajar buat itik..ada mainan itik yg boleh ditekap.itik tu sebenarnya dijadikan sasaran utk menembak daripada pistol mainan ammar hehehe..
saya tengok ammar boleh uli doh jadi bulat, lenyek bagi rata pakai tempat isu play doh pastu tekap itik, keluarkan hasil tekapan tu..hehhe
wah wah wah..menarik..mama pon snap la gambo ammar..bukan main lagi suruh mama dia amik gambo..sikit jek sempat uplod..malam nanti uplod lagi..yang bestnya, bila saya ajak dia pegi tido , dia nak pegi..saya pegi dapur sekejap..tiba2 amar dah ada di dapur.saya tanya, ammar kemas dulu barang2 tu.dia kata dah..saya tak caya, bila pegi tengok, betul2 dia dah kemas.playdoh dah siap dimasukkan ke bekasnya, alas dah digulung2..huwa huwa huwa..terharu mama
amat rugi kita tertinggal perkembangan anak kita..

Wednesday, August 25, 2010

petang yang gembira!-duit raya kakitangan awam

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
wah wah wah kembali saya di petang ini setelah penuh dengan klien..sakit kepala macam2 hal yang terjadi..donia..donia..ya allah..berilah saya dan kawan2 petunjuk dan hidayahMu agar kami dapat mendidik anak2 kami dengan didikan yang baik hinggalah menjadi anak2 yg soleh dan solehah..AMIN..
pagi tadi saya mula dengan kekecewaan tetapi petang ini kerja saya berakhir dengan kegembiraan..saya percaya, ada hikmah di sebalik kekecewaan saya pagi td ..naaaaaaaaah petang ini saya mendapat berita bahawa kakitangan awam mendapat bantuan khas aidilfitri sebanyak RM500..saya tak pasti kebenarannya sebab saya dengar kawan2 saya jenguk di berita harian online..kalo betul, ALHAMDULILLAH..lepas duit minyak saya hehehhe...kalao tak betul, ampunkan saya sbb bg berita yang salah kiikii..
syukur alhamdulillah. tq Dato' Najib..i like u...:)

pagi yang kecewa


assalamualaikum dan salam sejahtera..


huhu last entry berkait dengan baget duit minyak n tol nak balik raya di johor..huhuhu..ingatkan dapatlaaa tunggakan kenaikan gaji dari bulan 1..jenguk2 maybank2u..gaji biasa aje yang masuk..rancang2nya duit tu la yang nak digunakan untuk duit poket minyak n tol..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..kena korek tabung la jawabnya...


saya kecewa..dalam MBJ pung pang pung pang kata duit nak masuk bulan 8 ni..sekali karang kena lempang pulak kang..saya kecewa,..


tapi saya terima hakikat ini perlahan2 lahan sbb nak tak nak kene terima jugak la kan sebab mmg tak masuk..nak buat lagu ape pulak kan..hikmah ramadan..semuanya tersirat..tunggu dan lihat :)..(pssst..walau kecewa,saya masih mampu tersenyum.itulah saya..)..


kecewa ptptn pulak? tadi dengar berita kat sinar.fm. katenya ptptn sedang buat penyeragaman untuk peminjam lama dapatkan kadar 1% pada bulan OKTOBER..lama dah tunggu..pengumuman ni rasa macam nothing aje..tengok aje la dapat ke bulan OKTOBER .. Bukan ape, saya lemas tengok duit kurang sikit sangat ha ha ha..walau apa pun saya adalah pembayar tegar ptptn yek..walaupun ciput yang saya bayar tiap2 bulan tu tapi saya masih lagi setia bayar. daripada saya tak bayar, lagi la teruk :p..

selamat berpuasa!


Monday, August 23, 2010

jom check budget balik raya ni :)

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

dah mula buat keputusan raya mana kali ni hehe kali ni giliran raya pertama di johor bahru..so kami plan balik 7hb ni..hmmm yg tak syok kena balik cepat, raya kedua dah balik penang..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


so nak kena check budget balik raya..2 perkara yang penting ialah duit minyak dan tol.cara saya..

1. buka web site http://www.plus.com.my/ , cari tol fare calculator seterusnya kita dapat baget berapa jauh kilometernya..

2. so untuk perjalanan ke johor bahru daripada exit bertam
normal rate : RM 92.20

off peak rate : RM 83.00

off peak festive rate : RM 74.70

kilometer : 650.5km

so kiraan saya : tol - off peak festive rate (pergi dan balik ) RM 74.70 x 2 = RM 149.40
minyak - RM 80 (RM550km) x 5= RM 400.00

so jumlahnya : RM 549.40..so kita rounding, sediakan RM600 untuk belanja k..saya agak dah ok dah ni.saya lebihkan sikit belanja minyak ni sebab mesti banyak g jalan2 hehe saya akan mula bercuti pada 7sept seterusnya pagi tu akan mulakan perjalanan balik ke johor bahru..weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..i like!

facebook?account deactivated :)

assalamualaikum dan salam sejahtera...kembali bersiaran..hujung minggu tak berkesempatan nak menulis di blog hua hua hua..
hari ini dah 13 Ramadan..alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk berpuasa..kepada yang uzur, tidak mengapa..cuba lagi yek..alhamdulillah, saya masih lagi dapat menyediakan bekalan susu untuk insyirah nur..semuanya macam biasa saja..syukur..
ehem..untuk makluman kawan2, saya dah deactivated akaun facebook saya..entahlah, saya rasa saya nak berehat dari berfb ni..insyaallah satu hari nanti jika diizinkan Allah, saya kembali lagi..saya bukan tutup terus..cuma tak aktif saja :)..so kalu ada apa2, jalan2 di blog saya ini. emel pon boleh..call pon boleh jugak hehe usahlah dikekang sangat perhubungan yang ada. zaman dah moden, teknologi dah tinggi :)...
selamat berpuasa..:)

Friday, August 20, 2010

FATWA MUFTI ARAB SAUDI..


ruh di bulan Ramadan..rindu arwah mak n abah..:(




" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..bagaimana dengan puasa pada hari ini?..pasti bertambah amalan kalian, Insyaallah...
semasa saya tengok mailbox, sahabat saya mengirimkan emel ini..tiba2 saya terasa rindu dengan arwah mak dan abah saya.. mari kita kongsi bersama..

Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat allahyarham Hajah Ramlah binti Marhaban dan Haji Ahmad Hashim Haji Muhammad juga semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi
.
Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat
dan sedekah amal jariah.



insyirah nur 8 bulan


merenung masa depan yek anakku?hehe
insyirah nur sudah pandai menjulur, menyusur, baru pandai nak angkat badan dan punggungnya nak bagi merangkak..
suka bubbling..ma ma ma...
rajin tegur orang,,hu..hu..hu..
rajin ghenyih sambil tutup mata..hehe
beratnye ntah berapa, tak timbang lagi..hehe
masih lagi menyusu badan sepenuhnya walaupun time mama kursus n stok tak cukup, ada la jugak minum susu formula..ampunkan mama sayang..hehe..
mama doakan insyirah nur dapat menyusu badan selama dua tahun atau lebih ya..insyaallah..
semoga comel mama ni sihat hendaknya dan dilindungi Allah..insyaallah
mama sayang kamu..:)

Thursday, August 19, 2010

perkahwinan MJ dan Ain..

keluarga saya bersama pengantin..Ammar sayang tengok apa tu?Insyirah Nur tido pulak..

kawan2 ofis saya...

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
berehat seketika daripada bekerja..mengantukzzzzz hehehe


jom kongsikan gambar semasa majlis perkahwinan kawan saya, MJ dan Ain di Perak..bulan 6 kot..lama dah hehe..jauh jugak kami mengembara..barulah kali pertama saya sampai di pekan Sg. Siput hehhe..ronda sekejap di istana..tapi tak nampak pulak YM Raja Nazrin hehe
kami konvoi bersama kawan2 yang lain...mmg meriah!

semoga MJ dan Ain berbahagia sehingga ke akhir hayat..sekarang ni pun Ain dah berbadan 2..Tahniah!sabarlah, walau pun kena PJJ hehe..mula2 susah dulu..lama2 senang..ewah...


nothing

nothing to say this morning..mencari mood...:)


Wednesday, August 18, 2010

Jom check pasal Zakat Fitrah !

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

ehem ehem..baru2 ini saya pernah mengingatkan kepada suami saya..abang, bayar zakat fitrah awal2..lebih elok,takut lupa..

saya pernah sekali membayar sendiri zakat fitrah saya semasa tahun 2006.masa tu saya dah bekerja dan belum berkahwin..rasa sangat2 bersyukur dan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaain sangat perasaannya. maklumlah selalunya arwah abah yang bayar..sekarang dah jadi tanggungan suami, jadi suami yang bayar..tahun ini tahun pertama suami akan bayar bagi 4 orang, alhamdulillah
hehehe jom kongsi info tentang zakat. sekali lagi, saya gunakan Buku Indahnya Hidup Bersyariat nukilan Dato' Ismail Kamus..kredit to Dato'...:)

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya Ramadan mengikut syarat2 yang ditentukan.

Syarat wajibnya :
1.Islam
2.Merdeka
3.Mempunyai harta lebih daripada keperluan untuk diri dan tanggungan pada hari raya dan malamnya.

Waktu dan hukum membayar zakat fitrah adalah seperti berikut :

1.Dibolehkan – dari awal Ramadan sehingga hari akhir Ramadan
2.Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan
3.Afdal – selepas solat subuh sehingga mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
4.Haram – selepas Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


Lafaz Bagi Zakat Fitrah


1.Bagi diri sendiri – Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala
2.Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan -'Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala
3.Bagi pihak - 'Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi …...................... pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala

zakat ini lah nak bantu saudara kita yang memerlukannya untuk berhari raya...:)..

tq kerana menyelamatkan saya, Needa Couture


assalamualaikum dan salam sejahtera...
berehat sekejap dari kerja..mengantukzzz...hehehe
terima kasih la needa couture kerana sudi ambil tempahan baju raya saya huhuuhu..tu la saya ni bertangguh2 nak beli kain, last minit..aunty chiew dah tak nak terima baju saya..katanya, ala baju sulah manyak..talak lalat mau amik laaa...adoi adoi...
nasib baik ada kawanku, didie memperkenalkan kawan dia needa dan needa sanggup jahit baju ku...tq tq tq..kalo tak, rayaku tak sempurna la jawabnye ahahhahahhaa..
ni alamat needa couture..no. 91 tingkat atas, jalan seri serdang 3, taman seri serdang, 13210 kepala batas pulau pinang...no. fon...012-2787490/0124469565...

IkaN jEPUn Yg StreSS

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..semoga puasa hari ini lebih baik daripada semalam..hari ini saya ingin berkongsi kisah ikan jepun..menarik...jom kita baca..oh ya, kredit kepada pembuat cerita ini..saya terima melalui emel dah lama dah hehe

Mungkin tuan sudah tahu dan pernah dengar kisah ini. Tapi tidak mengapalah, jika dah tahu, anggaplah ia sebagai ulangkaji.

Orang-orang di Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya. (Fuh.. cerewet betul rakyat jepun nie)

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?

Tuan nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan Tuan nak tahu apa berlaku?

Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.

==================
Pengajarannya
==================


Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan kita. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.
Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan tuan lebih bertenaga dan lebih berjaya.

Tuesday, August 17, 2010

doa PErawan untuk ISteri


assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
saya baru sahaja dapat emel ini..petua untuk isteri-isteri sentiasa perawan..
kita berkongsi ya..sekiranya ada salah dan silap, berilah teguran agar kita sentiasa membetulkan antara satu sama lain :)..

PETUA DARIPADA..
Dr. Fatimah Az-Zahra (kredit to dr.fatimah)

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa
jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga
kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Monday, August 16, 2010

18 tips bertengkar secara positif antara suami isteri :)



Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap –
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan –
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya –
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan –
Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah –
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara –
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja –
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
8. Elakkan terlalu emosional –
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik –
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur –
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri –
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak –
Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar –
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party –
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah –
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai –
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan –
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan –

Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

saya terlupa di mana saya ambil tetapi sekiranya tuannya jumpa, kredit kepada tuan empunya tips ini la yek..niat saya hanya untuk berkongsi hehe

Friday, August 13, 2010

selamat tinggal sahabatku yusz

assalamualaikum dan salam sejahtera..

buat sahabatku yusz yang akan bertukar ke tempat baru..selamat maju jaya..kenangan bersamamu walaupun singkat, tetap manis untuk dikenang..:)..seloka perpisahan ni adalah hasil nukilan yusz sendiri..

Bila sekali kita gagal
teruskan usaha untuk kemenangan
jangan diucap selamat tinggal
kerana ia satu keperitan

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
bertemu berpisah lumrah alam
pasti jadi satu memori

teresak-esak
menahan kesakitan
ambil panadol untuk menghilangkan
walau perpisahan satu keperitan
mudah2an dapat mematangkan

bertemu berpisah lumrah alam
menjadi memori kenangan silam
janganlah diri merasa kelam
kerana perpisahan hidupmu suram

menangis hiba di dalam kesayuan
mengenang nasib terbuang di perantauan
andai ditakdirkan berakhirnya pertemuan
redhalah menerima kerana itulah suratan

jalan berlenggang sigadis sunti
berbaju kebaya cantik dan seksi
patah tumbuh hilang berganti
Ida dewi Kartini pengganti diri di panjangkan umur kita berjumpa lagi



tanpa ESP..

ehem ehem..semalam semasa berbuka, saya terlupa ESP..
ehem ehem..tadi bersahur, saya ingat nak minum ESP tapi terlupa sehingga tiba waktu imsak...
jadi sekarang ini saya sudah mula berasa l***r..(huihs huihs)..adakah ini disebabkan tak minum ESP? hmmm terasa berbeza.. :)..
inilah dugaan berpuasa..sabar yek..:) i like!

hikmah berpuasa dan kelebihan ramadan..

assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini hari ketiga berpuasa..macamana semuanya?harap dah dapat sesuaikan diri dengan perubahan waktu makan ni..ada yang gastrik, masuk angin, sakit kepala..tak mengapa..bersusah2 dahulu..bila dah terbiasa mesti ok kan hehe
saya ingin berkongsi beberapa hikmah berpuasa dan kelebihan ramadan daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus..(izinkan saya berkongsi isi buku Dato' di sini ya, terima kasih )
~ ketibaan Ramadan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa. kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah swt
~ dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam
~ amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan
~dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yangterdapat dalam tubuh badan manusia dapat diatasi
~ puasa itu disifatkan Rasulullah saw sebagai separuh daripada kesabaran
~orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil
~ kedatangan ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat terawih , diwajibkan zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain khususnya mereka yang daif
~ ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan
~malam Nuzul Quran (17 Ramadan ) merupakan saat penting Al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman
~terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah swt
selamat berpuasa kawan2..semoga puasa hari ini lebih baik daripada semalam :)

Thursday, August 12, 2010

ESP memberi kesan..:

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2...
hari ini hari kedua kita berpuasa..alhamdulillah, sehari berpuasa, susu masih stabil lagi hehehe berkat makan vitamin shaklee dan energizing soy protein (ESP) la tu..sewaktu berbuka, saya tambahkan ESP..alhamdulillah, badan pon tak la letih2 sangat..kiranya bila dah petang tu masih kuat lagi, taklah rasa lemah or letih sgt sementara menanti waktu berbuka..harapnya kali ini berterusan la yek..
saya campurkan ESP ke dalam minuman saya sewaktu berbuka dan bersahur..sedap..sedap..hehe masih nak membiasakan diri dengan soya sebab saya mmg dah lama tak minum soya..sejak bersalinkan insyirahnur...mungkin nak kene beli air perisa oren..kali ni saya minum dengan jus roselle..alamak, rasanya lain la hehhe cuma masalah sekarang ini air kurang diminum..tak sampai 2 liter kot..biasanya 1 hari saya akan consume 2 liter..so lepas berbuka n waktu senggang antara berbuka dan sahur, harus saya minum banyak air agar tidak dehydrate hehe harap2 saya berjaya la..begitu juga anda..kena maintain kan semua agar susu saya tidak terjejas hehehe
dah lama saya tidak merasai solat terawih di masjid atau surau. memandangkan insyirahnur dan ammar yang perlu dijaga, dikorbankanlah solat terawih itu..boleh saja buat di rumah kan. mmg la boleh saja dibawa anak ke surau yang dekat sangat ngan rumah tapi keadaannya mungkin tidak bersesuaian untuk insyirahnur..maybe tahun2 hadapan la. insyaallah..masa tu kami dah duduk di rumah sendiri la hehe. penting ni, kita nak memperkenalkan anak2 kita kepada masjid dan surau agar dia dekat dengan Allah, dekat dengan kita juga..tahu bahawa masjid juga boleh dikunjungi pada bila-bila masa, untuk bermacam2 aktiviti berfaedah, bukan hanya untuk solat sahaja :)..
hmmm...saya masih berusaha untuk mengejar pahala..harus saya berlari dengan lebih kuat untuk melawan apa sahaja yang menjadi halangan saya :)..anda bagaimana?selamat berpuasa..:)

Tuesday, August 10, 2010

syaitan dah balik dah..

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

selamat berpuasa untuk hari yang pertama pada bulan Ramadan yg penuh barakah ini..kejarlah sebanyak mana ganjaran daripada ibadah2 kita ya..insyaallah..

semalam dapat emel daripada sahabat tersayang..ada pulak gambar ni..hehe menunjukkan 'somebody : syaitan is leaving' because Ramadan is coming..hehe kredit to iena..thanks so much kepada pembuat image ni hehe..menarik ..menarik..so syaitan dan iblis diikat sepanjang bulan Ramadan ini..so kalau ada apa2 yang kita buat tu salah sepanjang bulan Ramadan ini maknanya kita telah terbiasa dengan hasutan syaitan sebelum ini..maafkan saya sekiranya pandangan itu salah tetapi itulah pandangan saya :)..kita mungkin berbeza pendapat hehehe
selamat berpuasa!

jom check niat puasa di bulan Ramadan..:)

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
Ramadan datang lagi! alhamdulillah kita masih lagi berpeluang bertemu dengan bulan Ramadan kali ini..alhamdulillah...
jom check semula niat berpuasa di bulan ramadan....:)
maksudnya..sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala
selamat berpuasa kepada semua Muslim di seluruh dunia..semoga kita dapat berpuasa, beribadah dan mendapatkan segala kelebihan dan ganjaran yang Allah beri dalam bulan yang mulia ini.
saya dengan rendah hati ingin memohon keampunan kepada suami, anak-anak, semua ahli keluarga dan sahabat2 yang mengenali diri ini sekiranya ada kesilapan daripada kelemahan diri saya sendiri..sama2 kita saling memaafi ya..

ESP or energizing soy protein...

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2ku..

sebelum ini saya consume trial pck vitamin B kompleks, vitamin C, multivitamin vitalea n alfafa drpd product shaklee..semuanya atas sebab utk memperkayakan 'susuibu' saya n also for my own health la :)..susu bertambah kuantitinya, bertambah pekat (maknanya kualitinya bertambah la kan) dan badan saya kurang keletihan so alhamdulillah, ada rezeki allah bagi kpd saya untuk cuba ESP hehe ahad lepas saya order ESP or energizing soy protein shaklee dengan kak n..alhamdulillah pagi tadi dah dapat..

kenapa saya susah2 beli?untuk enrich my 'susuibu' dan secara tak langsung untuk kesihatan diri saya sendiri :)..cuba baca sekilas fakta esp drpd blog kak n (ni kes tak boleh copy paste hahaha) ..ok..semoga apa yg saya usahakan untuk anak saya ini akan memperolehi petunjuk, hidayah dan keberkatan allah..insyaallah