Saturday, September 12, 2009

sudahkah anda bertikam lidah atau merajuk untuk berjuang pulang ke kampung masing2 raya ini?!(bahagian 1)




















assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

masih lagi, gambar di atas sekadar gambar hiasan hehhe ammar dok main di kaki ayahnye.bukan main suka dihayun..hehehe

kembali kita ke bahagian kedua edisi entry ini..

persefahaman adalah penting dalam sesuatu perhubungan terutama perkahwinan yang diharapkan sampai ke mati,bukan utk setahun dua..bagi mewujudkan persefahaman, bagi sesetengah orang adalah mudah tapi ada juga yang mengatakan amat sukar..mengapa?bergantung kepada personaliti / persekitaran masing-masing , bukan?

persefahaman juga bole dilakon2kan bagi mendapat keamanan perhubungan sedunia..seorang suami yang hanya mengikut kata isteri, balik ke kampung isteri semasa raya (ikut topik kita pada kali ini yek) walaupun dalam hatinya meronta2 utk beraya di rumah keluarganya..semat2 tidak mahu isterinya bermasam muka atau bergaduh semasa raya.tapi sampai bila nak jadi macam ni kan..sama jugakla kalo keadaan sebaliknya dengan isteri..

tetapi kalo persefahaman ini diamalkan dengan hati yang ikhlas semata2 kerana allah dan mahukan keamanan perhubungan sedunia(hehhe), saya percaya, sesebuah perhubungan itu menjadi semakin baik dan menguntungkan kedua belah pihak..

adil, bertolak ansur dan memuaskan hati kedua belah pihak itu juga penting..itu yang perlunya perbincangan antara suami isteri yang diadakan secara telus, tidak dipenuhi emosi-emosi negatif agar tidak mempengaruhi keputusan yang dibuat lantas memuaskan hati semua pihak..

tetapi ada juga berlakunya dalam sesebuah perhubungan itu, bagi mengelakkan berlakunya bergaduhan atau perkelahian secara bersemuka,teknologi digunakan. apa lagi, sms la..bahaya jugak penggunaan sms ini kerana emosi yang nak disampaikan tidak sejajar dengan emosi sebenar..mungkin juga terdapat misinterpretation yang sudah pasti akan mewujudkan pergaduhan..tapi mungkin juga perbincangan melalui sms ini akan berhasil..

hahaha panjangnya bebelanku..

bersangkut dengan ini, kurasakan kemungkinan yang tinggi, kuakan pulang ke jb pada raya ketiga malam kerana bberapa sebab yang tidak dapat dielakkan :

i. kali ni raya turn suami
ii. keluarga suami akan mengadakan jamuan raya pada raya kedua yg ntah kenapa sukar utk suamiku korbankan kehadirannya (this i hate most!)
iii. suamiku kene keja pada raya ketiga sbb kali ni kawan2 dia ramai yg amik cuti selepas raya

beb, keputusan ini amat berat untuk kuterima kerana
i. bagiku apa guna raya ketiga untuk balik kampung..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
ii.apa guna balik jauh2 tapi dok sekejap jek...penat beb...arggggggggggghhhhhhhhhhh...
iii.ku kesian kat adik2ku

memandangkan itu, adela cadangan kuutarakan utk pulang sendiri naik bas pada hari selasa,suami akan balik sendiri pd hari ahad memandangkan dia akan bekerja pada hari isnin...mungkin kerana serba salah(just anggapankula) suami kata balik isnin...beb, at least i have 4days in jb...

tapi orang kata, tolak ansur untuk memuaskan hati kedua pihak memang betul..walaupun kadangkala hati bukan puas sepenuhnya pon..so untuk diriku sendiri..redha dan redha dan redha dengan keputusan ini..demi rumahtangga..manusia ni mmg tak pernah puas kan.

so my dear sister, sempat ke kita berjumpa?



Tuesday, September 8, 2009

sudahkah anda bertikam lidah atau merajuk utk berjuang pulang ke kampung masing2 raya ini?!




assalamualaikum dan salam sejahtera...

gambar di atas tidak berkait langsung dengan tajuk entry ini hahaha..gambar tu saje je sebagai hiasan, ammar ngah menyanyi sambil dengar lagu from henset..ammar ni bila dengar lagu, terus nyanyi ntah nahasa ape2 ntah...tengoklah gaya dia tu hehehe dah beso ammar..diam tak diam, raye ke ketiga nanti genapla 2 tahun umurnya..
kawan2..tajuk kat atas tu selalunya berkaitan dengan suami isteri yang tempat asalnya jauh macam saya, utara dan selatan ha ha ha.yang mane dekat tu, ada tak berlaku perbalahan kecil utk menetapkan kampung mana harus kita pulang utk berhari raya?..saya percaya, walaupun dah bertahun2 kawin pon masih berlaku jugak kecuali kalau dah ditetapkan giliran masing2..tetapi bila dah ditetapkan giliran pon, masih berlaku jugak gaduh2 kecik, merajuk hehhe satu keadaan yang biasa kita lihat berlaku semasa musim raya hehe
bukan apa, saya teringat perbualan saya dengan seorang kawan yang layak dipanggil ustaz..kawan saya ni orang selangor manakala isterinya orang pulau pinang..sekarang ni depa menetap di pulau pinang la, even serumah dengan mak mentuanya. macam saya laaaa..
saya tanya, macamana raya kali ni, turn mana?katanya kali ni turn beraya kat pulau pinang..kami akan balik hari raya ketiga..
waaaaaaaaaaaaa saya terkejut..hish..raya ketiga baru balik selangor?!saya pon turn sini kali ni..saya tak tau balik bile?halamak hai..saya terkenangkan diri saya..lalu saya kata...hua hua hua..dah lah duduk kat pulau pinang, napa lama sangat raya kat sini..kawan saya kata dah turn sini..raya je la..
mengenangkan perbualan itu, saya muhasabah diri saya..bagusnya kawan saya tu. raya ketiga baru balik sana..tapi saya pulak nak sangat cepat balik ke johor sekurang2nya raya kedua dah ada di johor..sebab saya rasa kalo raya ketiga, dah takde rasa raya sangat dah..hahaha.saya nak ziarah kubur arwah mak n abah di pagi raya..saya kesiankan adik2 saya.makan ape la time raya ni. saya teringin nak beraya ngan kakak saya sbb raya kedua dia dah balik ke trengganu..sob sob sob..semuanya saya fikirkan..tapi saya juga kene fikirkan perasaan suami saya jugak , ye tak..arggghhhh..saya dalam dilema..
so ape akan jadik? adakah saya akan beralah?kita tungguuuuu selepas ini hahhaha..anda bagaimana?

Monday, September 7, 2009

cerita al-quran sebagai hantaran:jadikanlah pengajaran

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

saya baru dapat emel daripada kawan saya , ogy, saya kira cerita ni berguna utk kita semua sebagai satu pengajaran dan peringatan..mari baca sama2..

Kepade mereka yg nk menghantar dan menerima hantaran alQuran....

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.
Pak imam baru sahaja sampai.“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..”
penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and hisrelatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man byhis head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki ituberada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supayamereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenaiketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorangdiri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukan lahtugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you willhave no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.
'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him fromAl-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk..
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yangdipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than theQur'an, neither a Prophet nor an angel.
'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.
'Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......keranaRasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'May Allah bestow this favour on all of us._._,_.__


menjadik la rainbow marble blackmore pudding ku..


assalamualaikum dan salam sejahtera..
macamane pose yek?alhamdulillah, bagi saya , mak buyung ni, hehe alhamdulillah, takde masalah nak pose..harap berpanjanganla, insyaallah..
sabtu baru2 ni saya teringin nak makan puding rainbow yang kakak saya or pn azzahh buat dulu2..huaaaa..dahlah jauh, utara selatan, so kene la buat sendiri..kalo tak bule la order saje haaahahaha...
alhamdulillah, dapat disiapkan juga puding ini tanpa gangguan sape2..mak mentua keluar shoping bersama ammar, adik2 ipar tido..hehehe kalo tak, hai kalut la saya..bukan ape..saya ni orangnye takutkan teguran walaupun teguran or kritikan itu sebenarnyer memang bagus eheheh..
resepi puding ni macamni..
Rainbow Marble Pudding [blackmore][sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
Bahan2nya2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
(---tapi saya guna 1 agar2 strip yg pjg2 tu)
1350 ml air
450 gm gula pasir (saya buat 2 setengah cawan)
130 gm mentega (saya cairkan dulu)
8 biji telur bersaiz sederhana -(saya guna 6 biji jer)
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (nak warna lain pun bleh)
Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan......
ada jugak halangan2 macam takde timbang utk menimbang gula..last2 saya boh jek 2 setengah cawan gula..loyang pulak saya guna bekas aiskrim yang beso tu aje hehehe pandai2la..
bile berbuka, saya rasa bole tahan jugak la puding tu hehehe..yang penting saya dah buat suami tak percaya saya bule buat hahaha yela saya jarang buat benda2 macam ni..mak mentua saya?ntah ek hehe..adik2 ipar saya kate sedap huhuhu..tunggula nanti kalo dah dok umah sendiri , sure saya makin rajin memasak..

so kawan2..cubela yek..

Wednesday, September 2, 2009

car breakdown di tengah highway!

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
huhuhu..nak kongsi satu pengalaman yang terjadi hari isnin lepas di bawah flyover masjid seberang jaya..
pagi tu macam biasa, perjalanan ke pejabat dengan keretaku itu..dan macam biasa kalo hari isnin, traffic memang slow la pulak..tiba di bawah fly over tu tak semena2 kurasakan lain macam la pulak keretaku itu..macam mati enjin laaaa..gerak tapi slow sangat..seb baik masa tu keadaan jalan memang tengah slow..halamaaak..kusudah gabra tapi still belagak cool lagi..
nak stat enjin semula takleh..lupa pulak, kene tuka gear dulu baru bole..stat tak bole jugak..cepat2 ku on kan hazard light..
nasib baik la keta belakang tak hentam belakang keretaku huhuhuhhu..kumatikan suis aircond dan radio..baru la bole hidupkan enjin..fuuuuhh..lega..tapi tak sampai 1 minit, enjin mati lagi!
wa wa wa..aku on balik hazard light sambil bukak tingkap n bagi signal ke keta belakang ,konon2 suruh jalan dulu la hehehehe...arghhhh memang giler la..ku tuka gear n try lagik..enjin idup lagi..tak sampai satu minit lagik, enjin mati lagik
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahaha..ku punye tensen..last2 dapat la ku susur ke bukit mertajam..n enjin macam nak mati lagi so ku parking tepi jalan..kalo ku masuk jalan baru, sure lagi haru sebab keta yang lalu situ memang ngah laju...
stat punye stat tak leh..halahai..ni la first time selama dapat lesen dari tahun 2005, kurasa pengalaman keta rosak..hhuhhuhu..call husband tak dapat..call pak mentua, katenyer nak tunggu mekanik lambat, kol 10 baru ada..kukatakan takpe, nak try contact kawan..dapat contact ila, dia mai amik ngan zaharin..seb baik keta dapat digerakkan sampai ke ofis..cheh..mengada la pulak ketaku ini..
dapat call husband, dia call mekanik area permatang pauh..depa datang ke ofis n amik keta..huhuhu soalan yang pertama, kak , biler servis...halamak kantoi!tak dapat kuingati biler husbend g sevis hahaha..last2 call husband la..citer punye citer, mekanik tu kate dia nak servis semula n wat setting computer..la ni bukan masalah beso tapi dia kate keta jenis ini kalo tak diservis akan mendatangkan masalah..hahaha..
(beb, time aku jaga kancil dulu sebelum kawin, ketaku mmg on time servis, skarang ni dah ade husband, aku mmg tak amik kesah bab servis..hahaha)
kukatekan buatla ape yang patot..so petang dia hantar balik ketaku itu ke opis..figura yang kukena bayar memangla beso n huhuhu..ku baru plan nak simpan untuk bayo kuih raye yang kutempah hahahhaha..
so beb..kesimpulannya, servisla kereta anda on time ok!!jangan harap sangat kat husband anda itu.
important thing,dont panic,kawal emosi anda kerana jika anda tidak dapat mengawal panik dan emosi, keadaan akan jadik lebih teruk dan havoc..keep cool..
alhamdulillah memang aku dapat kawal keadaan tapi bile cakap ngan bapak mentuaku, macam aku nak nangis jugak beb haaaaaaaaaaaahaha menggigil suara awwwwwwwwwwwwwwwwwwww..