Saturday, November 29, 2008

kosong

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hmmm... kosong la..takde idea..
nape kosong?
otak kosong?
fikir aper?
macam2 ader..
jadik nape pulak otak kosong sedangkan macam2 ader dalam otak tu?..
alaaaaaaaaaaaaaaaa..banyak tanye la pulooookk..
banyak tanya maksudnya otak bergerak..
ader rase ingin tahu..
alaaaaaaaaaaaaaaaa..rimas laaaaa..banyak tanya ni..

...................ha ha ha..................................
ape kenenyer ni?monolog sendiri...hehehehe
hanya aku yang pasti..

Thursday, November 27, 2008

wanita cantik yang suka menangis

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernahmengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya
dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakitihatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya danmelengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangmenguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisisuaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana iamenyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."

Sunday, November 23, 2008

sup fucuk

assalamualaikum dan salam sejahtera..

nak berkongsi resepi untuk bayi anda..

sup fucuk/tauhu kering..

BAHAN2NYA..

bawang kecil
bawang putih
ikan bilis
fucuk (direndam)
kentang
carrot
telur merah
minyak masak/minyak olive or butter

CARA MEMASAK :
1.panaskan minyak masak atau minyak olive atau butter..
2.tumiskan bawang merah n putih n ikan bilis
3.bila dah wangi, masukkan carrot n kentang
4.bila dah sebati, masukkan air dan tunggu hingga mendidih
5. masukkan fucuk n telur..
6. kalo tak boh garam pon takpe sbb rasa bahan2 tu dah mencukupi..
7. sedia utk dimakan bersama nasi atau bubur...bole ditambah ikan jugak..

nyum nyum nyum...selamat mencuba!

Monday, November 17, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

happy bIrthDay tO mE..

HaPPy BIrthdaY to Me..

hAppY bIRthdAY to YAnti...

happY birtHday to me...

la la la la la laaaaaaaaa....



selamat hari lahir yg ke 27..semoga aku bahagia di samping suami dan anak yang terchenta..

bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaanNya sehingga aku menjadi orang yg berguna di usia 27 tahun...

ya allah..berilah aku petunjuk serta hidayahMu agar aku dapat menjadi hambaMu yang lebih baik lagi berbanding masa-masa yang lalu..


terima kasih kepada suamiku kerana menghadiahkan sebentuk cincin sempena hari lahirku ini..sob sob sob..terharunyer ....tu la, abang bg chance sangat kat mama to choose adiah ape nak bagi..so mama pilih ni la kih kih kih..



arini aku amik cuti,ingatkan abang dapat cuti, last minit bini kawan dia bersalin so kenela keje gak arini..kalo tak ,leh gak la nak g celebrate hehehe..tapi arini mak mentua buat kan laksa..aku pon santap la ape lagiks hehehe...

actually hari lahir ku ni dikongsi bersama kawanku dari singapura, patmah, onizuka dari sarawak dan suhana dari melaka..semoga kalian berbahagia di hari lahirmu..

Thursday, November 13, 2008

BREASTPUMP IDAMANKU...



MEDELA FREESTYLE BREASTPUMP

assalamualaikum dan salam sejahtera...
Inila breastpump yg kuidam-idamkan..aduh duh duh...biler nak dapat yek..isk isk isk..nak beli ke tak..nak beli ke tak..tapi aja kater leh wat installment..menarik tertarik la pulok..huk huk huk..

hehehe...ni amik dari fotopages aja..sorry aja..saya amik gambo tu..bole la ek hehhee..

Wednesday, November 12, 2008

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. " Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. " Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang." Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang... Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang...
Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.
tidak dapat dipastikan pengarangnya.harap maaf..untuk tujuan pembacaan dan perkongsian sahaja.

Saturday, November 8, 2008

xpdc gua gendang di pengkalan hulu, perak


assalamualaikum dan salam sejahtera..

huah huah..arini adalah sungguh menyeronokkan dan mencabar sbb pegi xpdc ke gua gendang di pengkalan hulu, perak...area baling and berdekatan dengan betong, sempadan thailand..tu la first time datang ke gua gendang n gua itik..

perjalanan daripada bukit mertajam mengambil masa lebih kurang 2 jam la..panorama yg sungguh indah..dan menenangkan..dan dapat releasekan tension hehehe

adventure jugak la kat situ..mula2 melalui trek yg menuruni bukit..pastu masuk gua yg airnya sedalam paras dada aku la..pastu daki bukit 90 darjah n masuk gua yg sungguh indah..meredah air dalam gua tu..aduh aduh.. ader gak sekali dua tu tombang hehehe tersangkut kayu n batu..memang best..u all pon bole cuba..
semasa berada dalam gua.kami mengambil kesempatan utk berkumpul di satu tempat yg lapang dan tutup semua lilin yg dibawa...adussssss gelap sesengguh-sungguhnya...ya allah...syukur sgt2 sbb aku masih dikurniakan mata utk melihat..sunyi dan hening..aku terfikir...patutla orang zaman dulu suka bertapa mencari ketenangan di gua kadang sampai bertahun2..sebab kat gua ni gelap, ada ketenangan..bunyi air yang mengalir kedengaran..sungguh mengasyikkan...ewahh

pegawai belia dan sukan daerah baling yg arrangekan..rupa2nya..orang yg guide kami tu adalah OKU..sebelah kakinya kudung..memang la aku respek sama dia..gua caya lu beb..bayangkan kaki kudung sebelah, jari tak sempurna boleh meredah hutan, gua, air yg deras tu dengan berbantukan sebatang tongkat.gua respek lu bro!

skang ni aku kat depan pc ngah tuam kaki yg tegang rasenyer ni ngan ais..lenguhnya tak terkire..mungkin sbb banyak menggunakan kekuatan otot peha utk naik dan turun bukit dan juga meranduk air..huhuhuhu..pasni nak sapu FLANIL plak..esok sure tegang giler peha sampai payah nak jalan huhuhu..

lagik satu seb baik pacat kurang..kalo tak..adus..tapi biler cek,ader gak sekor yg sangkut..seb baik pacat tu dah blah..kalo tak, mmg mengamok la aku heheehhe geli beb..

okla...korang tgk la gambo2 tu..tapi gambo tak menarik sangat sbb aku amik dr enset kawan..aku tak bawak dgcamla..takot terkorban dgcam aku tuh hehehe...
anyway...hari ini sungguh menyeronokkan dan mengurangkan tensen aku nih...alhamdulillah

Friday, November 7, 2008

pesan buat suami...

assalamualaikum dan salam sejahtera..mari kita berkongsi pesanan buat para suami..semoga dapat memberi ingatan buat para suami khasnya dan juga isteri umumnya..
wahai suami bergelar ayah...
lindungi zuriatmu dengan kasih sayang
marah berpada dengan kenakalannya
jangan hamburkan kata-kata nista
kerana kata-katamu adalah doa
yang tiada hijabnya.
wahai suami penyambung zuriat...
berilah perhatian kepada kaum kerabat
eratkan silaturrahim
bantu yang memerlukan
ziarah yang mendapat kemalangan.
wahai suami pemegang amanah
hormatilah isterimu
jangan pandang seperti lalat
berilah perhatian, sentuhan dan kasih sayang
jika ada salah dan silapnya
jangan sakiti hatinya
fikir cara terbaik membentuknya.
wahai suami pelindung kasih...
cintailah isterimu sepenuh hati
dialah ibu kepada anak-anak
penjaga harta dan rumahtangga
teman paling akrab
tempat berkongsi suka dan duka.
wahai suami tonggak keluarga...
bersoleklah untuk isteri
sucikan diri dan hati
merdukan suara
dengan madah seloka
ulangi yang isterimu suka
jangan remehkan keinginannya
jangan butakan hatimu
pada kecantikannya
pada pengorbanannya
setialah pada kalimat
'kau adalah isteriku'
petikan daripada penceramah Seminar Pemantapan Kekeluargaan, Jabatan Mufti Negeri Kedah