Saturday, September 27, 2008

yihaaaa...balik kampung!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..
pagi ni kol 8 aku nak balik kampung ..jb!wait for me..kami 3 branak aje..semoga selamat sampai dan dapat berhari raya di sana..
kali ni tepaksa balik raya kedua nanti sbb ada jamuan raya family di sini..ikutkan ati nak aje bercuti lama di jb..tapi nak wat lagu mana kan..kene la bertolak ansur,,tu la resepi rumahtangga hehehe..
adoi..baju tak pack lagi..baju little ammar dah siap..baju mama n ayah tak siap lagik..ni pon ammar dah bangun,ngah dok main sudu n cawan..awal sangat bangun,nak tolong mama n maktok masak utk bersaho la tu..eish eish anak mama ni..
nanti dah sampai jb,yg penting ziarah pusara mak dan abah..dah lama tak ziarah..rindu rasanya..macam lagu ni..

'ibuuuu...aku telah dimiliki..jauh kutinggalkan desa ini..pusaramu kusiram..kurasakan aku direstui..apa yg kuharapkan,aku ingin rasa disayangi...-zapin yg tinggal...

kepada semua kawan2..diucapkan selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin..semoga kalian gembira di aidilfitri..ingatlah ayahanda dan bonda yg masih ada..hargailah mereka..
balik kampung..ho ho ho balik kampung!

Friday, September 26, 2008

mood dah kureng..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

yahuuuuuuuuuuu esok balik jb!!seronoknyer..sob sob sob..dah lame tak balik woooooooo..
hmmm tapi keje kene siap dulu b4 cuti..mood nak keje pon dah kureng..aduh aduh aduh...tingkatkan produktiviti!!chaiyok!siap keje bleh enjoy!!

*jb..wait till i come..home swit home..

Thursday, September 25, 2008

TIPS ANAK BIJAK GUNA OTAK KANAN

TIPS ANAK BIJAK GUNA OTAK KANAN Ditulis oleh Setiausaha
Thursday, 27 December 2007
Anak yang bijak menjadi kebanggaan ibubapa. Bagaimana ingin merealiasikannya? Ramai orang menganggap anak bijak adalah anugerah. Namun kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.

Mungkinkah anak kita boleh menjadi sebahagian daripadanya dengan mengamalkan tips-tips di bawah mengikut kajian mereka? Sama-sama kita praktikan.

1. Sewaktu anak tidur-tidur ayam, bercakap-cakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati dan sejujurnya bahawa kita sayang padanya, dia budak yang baik, soleh, kuat, tak sakit, bijak dan sebagainya. Ini kerana semasa mereka sedang tidur-tidur ayam otak kanan sedang bekerja. Manakala otak sebelah kiri sudah tidur.
2. Gunakan kad imbas balik semasa mengajar anak. Contohnya kad ABC-Z. Tunjuk laju-laju supaya otak kanannya bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjukkan. Kita boleh buat sendiri kad-kad tersebut dengan menulis perkataan pendek-pendek dan mudah atau angka 1,2,3, gambar-gambar yang kita boleh potong di mana-mana dan sebagainya.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi ajarlah anak-anak kita bermain tanah liat, cat air, melukis, menggunting kertas, origami dan sebagainya. Kita juga boleh menguji otak kanan mereka dengan hanya melukis gambar, contohnya rama-rama sebelah sahaja dan suruh mereka cuba melukis sebelah lagi.
4. Jangan marah atau tengking anak. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Jika kita terlanjur, maka ulangilah langkah pertama tadi dan minta maaf pada mereka.
5. Kita juga boleh memulakan cerita, tetapi jangan habiskan, suruh mereka sambung cerita kita tadi, biarkan mereka bercerita walaupun merapu.
6. Bermain teka-teki dengan anak-anak. Kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding.
7. Ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya… Tolong senyap bang… berbanding Jangan bising bang…. Ini kerana bila kita sebut jangan, itulah yang mereka suka buat.

InsyaAllah, jika kita amalkan mungkin anak kita sebahagian daripada mereka yang pintar.

Sumber : Petua.shopsbegins.com

Fadhilat jadi Isteri!

Fadhilat jadi Isteri!

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti di bawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yang meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakannya
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
PETUA DARI IBU.... (info ini dari mamafami.fotopages)

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

salam ramadan

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

sabda Nabi saw ;

*Apabila masuk bulan Ramadhan,maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.

*Orang yang solat pada bulan Ramadhan,tiap sujudnya dikurniakan 1700 kebajikan dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata.Bagi orang yang berpuasa dan beribadat,70 000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya

Wednesday, September 24, 2008

zapin yang tinggal



my faveret song...zapin yang tinggal....
lame org carik lagu ni,tibe terjumpe..mmg syok giler la..lagu ni macam ader kene mengene sket la..
ibu....aku telah dimiliki,jauh kutinggalkan desa ini...pusaramu kusiram,kurasakan aku direstui...
seperti yg korang tau,my mak abah dah passed away..lama dah..biler nak raya ni lagik terkenang2 la kan depa ni..org pon dah dok penang,dah kawin,..dah tinggalkan jb tu..tu yg kene btol lagu ni kat org...harap2 btol mak abah restui perkahwinan kami..tak sempat depa nak tengok org dapat ijazah, dapat keje..even tak dapat rase duit gajiku..tengok kuberkawin,kubersalin,tengok cucu...sob sob sob....so kawan2....berbaktila kepada ibu bapa anda sebelum mereka pergi meninggalkan kite wat selame2nyer..
pulang abang,pulang saudaraku.....
buat adikberadik pulak..wat can i say...air dicincang tak akan putus...

alfatihah buat allahyarham ahmad hashim haji muhammad dan allahyarhamah ramlah marhaban..smuga ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman...amin..i missed them so much!

Tuesday, September 23, 2008

saat melahirkan ammar..


u know..setahun sudah berlalu,setahun dulu org bersabung nyawa nak lahirkan ammar..alhamdulillah,tiada complication cuma ammar kene vacuum ajer hehehe...mane taknyer..keletihan perjalanan balik dari melaka ke penang tak habis lagik,nak kene meneran pulak malam tu ehehehe..ammar btol2 ikut pesan mama dia..dulu org keje di melaka,pjj la ngan husben di penang ni..biler dok sorang2 tu,risau la gak kalo terberanak kat umah sorang2 hehehe..so slalu cakap kat ammar,'ammar kalo nak keluar sangat,tunggu mama sampai penang baru kuwa k..hari2 cakap macamtu..so biler hari pertama sampai penang,mmg dah ada tanda nak bersalin..tak sampai beberapa jam sampai penang,ammar tak sabo nak kuwa dah eheheh
citer pasal bersalin ni..baru la org tau macamane payahnyer mak melahirkan kami 6 beradik..subhanallah..mmg la kiter tau sakit tapi biler kiter sendiri yg rasa kesakitan itu,ya allah...hanya allah yg tahu..so,hargailah seorang ibu..walao sebenci mana pon kiter kat ibu,diala orang yg bersusah payah macam nak mati nak lahirkan kiter..
mase sakit tu,payah jugak nak control diri..org banyak kali gak failed..merengek sakit..tapi bila ada kekuatan daripada orang lain macam husben n nurse yg berada di sebelah..kekuatan tu meresap dalam diri dan kite dapat kawal kesakitan tu..tapi kadang2 failed jugak..hehehehe akhirnya dgn bacaan2 zikir..allah juga bagi kekuatan..
tapi kawan2..itula nikmatnya menjadi seorang wanita..bagiku,mengandung dan melahirkan itu adalah sesuatu nikmat drpd allah yg amaaaaaat indah..subhanallah..bagi para suami..hargaila isteri anda..

happy 1st birthday ammar ariff fahim!!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

hari ni 23 september 2008...ammar ariff fahim bin shahrulnizal(panjangnyer name!!!) genap setahun..alhamdulillah..anak mama ni sihat walafiat..meh nyanyi kat ammar...

happy birthday to u! happy birthday to u....happy birthday to ammar...happy birthday to u!
allah selamat kan kamu..allah selamat kan kamu..allah selamatkan ammar ariff fahim..allah selamat kan kamu...

semoga ammar sihat sejahtera di bawah lindungan allah swt..jadik anak mama yg soleh, berjaya dunia akhirat..

Sunday, September 21, 2008

mubarak ramadhan ..

salam..

alhamdulillah...arini masuk ari yg ke 21 kita berpuasa..korang cukup ke posa hek hek hek..

alhamdulillah..kali ni adalah ramadhan ke 2 bersama suami tersayang..ramadhan pertama org sempat puasa seminggu jek,pastu terus bersalin..23 september ni my little ammar genap setahun..time was so fast....sedar tak sedar..little ammar dah setahun..tak sabar rasanya melihat perkembangannya..hehe

cerita bab ramadhan..alhamdulillah, nasib baik dok ngan mertua so tak kelam kabut nak masak utk berbuka puasa..my MIL mmgla tersangat memahami...org balik keje,sampai umah around 6.30ptg..tak sempat nak masak ape dah..sampai umah jek semua dah ready..lucky of me..maklumla,keje kat BM, lebih kurang 36km ngan umah di kepala batas..ngan jem la..itu la ini la..phewww...tringat time keje kat melaka dulu,kol 5.10 dah terpacak kat umah,semangat nak masak walo dok sorang2 hehehhe (dulu pjj ngan husben)

sahor plak,kenela bangun awal kan,tolong MIL ready lauk..kadang2 terbabas jugak ..muarkakaka...ampon mak..n again..i'm very lucky..thanks so much mak..

kali ni pon tak sempat nak berterawih kat surau walo surau mmg dekat giler ngan umah..little ammar takdak sape nak jage..so takpelakan..kali ni kene berkorban..bagi peluang kat MIL utk beribadah..

ok guys...selamat berpuasa..semoga kite dapat pahala dan puasa yang bermakna..insyaallah..bukan sekadar puasa,lapo dan haus aje...

Friday, September 19, 2008

salam pertama..

assalamualaikum..
ni la first time ade blog sendiri..suka tengok blog kawan2 lain..so teringin la nak wat blog sendiri..cuma masalahnyer ,aku ni rajin tak rajin ajer ler nak update blog sendiri...hehhehe..tapi aku akan cube untuk buat jugak..chaiyok!